Saya masih Menteri Besar sehingga Sultan cari pengganti

Sebaran :

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan terus mentadbir kerajaan negeri sehingga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengumumkan penggantinya.

Menteri Besar Perak itu berkata, beliau selesai bertemu dengan Sultan Nazrin secara empat mata petang ini dan memaklumkan agar baginda perlu mengadakan beberapa pertemuan.

“Saya maklumkan kepada baginda, perlu buat beberapa pertemuan sehingga ada keputusan untuk memilih seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mempunyai (sokongan) majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu.



“Untuk sementara waktu ini, saya akan terus mentadbir kerajaan negeri sebagai Menteri Besar, sehingga baginda membuat keputusan,” katanya kepada media di Ipoh, hari ini.

Ahmad Faizal menerima kejutan dari ADUN Perak yang mengemukakan usul undi percaya terhadap beliau dengan 48 undi tidak bersetuju, 10 bersetuju dan satu berkecuali.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kemudian meminta rakyat Perak agar bersabar dengan apa yang berlaku dan berharap keadaan politik di Perak segera reda serta berjalan lancar.



Mengenai pertemuannya dengan Sultan Nazrin, Ahmad Faizal berkata, hanya beliau berdua dengan baginda dalam pertemuan itu, manakala Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang berada di luar bilik. MG

Bekas bos Haziq cari pengganti ada ‘6 pack’


Sebaran :

Leave a Reply