Politik Perak: Tidak mustahil berjangkit ke negeri lain

Keadaan yang berlaku di Perak tidak mustahil boleh ‘berjangkit’ ke negeri lain termasuklah ke Sabah yang baru sahaja selesai menjalani Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, parti lain yang terkejut dengan situasi itu mungkin akan mengambil langkah tunggu dan lihat terlebih dahulu.

Namun, kemelut politik yang sedang berlaku di Perak memberi refleksi sebenar senario politik yang penuh dengan elemen kejutan.

“Kita boleh gambarkan sebagai satu pergerakan dalam papan catur. Bila digerakkan dan berjaya di Perak, mungkin akan digerakkan di kawasan-kawasan lain.

“Kemudian, lihat respons sebelah sana sebelum pihak sini buat pergerakan baru. Tapi itulah, 1,001 kemungkinan yang boleh berlaku,” katanya kepada Astro AWANI dalam Buletin AWANI Khas berhubung undi percaya DUN Perak, pada Jumaat.

Mengulas ‘kerjasama’ DAP dan UMNO dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Muhamad Nadzri mengakui beliau tidak terkejut dengan keadaan itu dan menyatakan syarat klasik politik ialah untuk mendapatkan dan mempertahankan kuasa.

“UMNO pada ketika ini mahu mempertahankan kedudukan dalam kerajaan. Bagi Pakatan Harapan (PH) dan DAP pula dapat peluang untuk mendapatkan kuasa.

“Daripada situ, pelbagai perkara lain dapat dilakukan, kemudahan, keistimewaan sebagai sebuah kerajaan. Apabila kepentingan itu dapat diselaraskan, pertahankan dan dapatkan kuasa, itulah … politik ini serba mungkin.

“Walaupun di masa lepas nampak seperti seteru tegar tapi macam-macam perkara boleh berlaku dalam politik,” ujarnya. Awani

Akaun 1 KWSP : Sukar tak bermaksud mustahil, kata Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker