Kementerian Kewangan nafi keluar tawaran (IWK) kepada Ranhill

Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan (Diperbadankan) menafikan telah mengeluarkan surat tawaran atau jemputan kepada Ranhill Utilities Bhd (Ranhill) untuk melaksanakan kajian kewajaran ke atas Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) sebagaimana kenyataan oleh Ranhill.

Malah, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), Prokhas Sdn. Bhd. (Prokhas) juga tidak
pernah mengeluarkan sebarang jemputan kepada mana-mana pihak bagi melaksanakan kajian itu.

Kenyataan oleh Kementerian Kewangan ini merujuk kepada makluman yang dikeluarkan oleh Ranhill Utilities
Berhad (Ranhill) kepada Bursa Malaysia Berhad semalam.

Dalam nota kepada bursa semalam, Ranhill memaklumkan Ranhill telah diundang oleh Menteri Kewangan Inc (MoF Inc) untuk melakukan kajian kewajaran untuk IWK, susulan cadangan pelupusan kepentingan MoF Inc dalam IWK.



Ranhill berkata, pihaknya pada 26 Jun lalu telah mengemukakan cadangan untuk penstrukturan kembali IWK yang akan melibatkan penjualan kepentingan MoF Inc terhadap IWK kepada Ranhill.

Jemputan dari Prokhas – sebuah syarikat berhad persendirian milik penuh di bawah MoF Inc – untuk melakukan usaha wajar akan membolehkan syarikat itu mengakses maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan cadangan kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan, kata Ranhill.

Namun, syarikat itu kemudian menjelaskan bahawa pengumuman tersebut secara tidak sengaja dikeluarkan tanpa kebenaran. MG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker