Umur 91 Tahun, Covid-19 Survivor…” – Alif Satar Kongsi Berita Gembira, Pak Wan Dah Sembuh
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar berkongsi berita gembira mengenai datuk kesayangannya, Mohamad Che Noh yang kini pulih daripada COVID-19.
Alif memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Alif, atuknya atau dipanggil dengan gelaran Pak Wan kini sudah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat positif COVID-19.
“Itu Pak Wan saya, pesakit COVID-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta dan bersedia untuk pulang ke rumah!
“Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan hari itu.
“Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik anda semua!! p/s Alif masih di Melaka,” tulisnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Alif masih lagi berada di Melaka dan menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.
Sebelum ini media melaporkan Pak Wan dirawat di hospital bersama ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19 selepas disahkan positif pada Sabtu lalu.
You must be logged in to post a comment.