Jualan gincu merudum

Terkini di My KMU !!!!---->

Dengan pemakaian pelitup muka menjadi norma baharu, rutin solekan kaum hawa juga mengalami perubahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Asian Beauty Corner, Jace Tan berkata, jualan gincu yang merupakan produk solekan paling asas telah merudum selepas merebaknya wabak COVID-19.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana ramai wanita memilih untuk tidak memakai gincu semasa keluar kerana mereka sudah memakai pelitup muka.

Ujarnya kepada China Press, walaupun jualan gincu oleh syarikatnya merosot sebanyak 40 hingga 50 peratus, tetapi masih ada produk gincu oleh syarikat lain yang mencatatkan peningkatan jualan.

“Gincu yang mencatatkan peningkatan jualan adalah jenis yang menyasarkan golongan muda dengan ciri-ciri tahan lama dan tidak melekit.

“Jualan mereka dalam Internet telah mencatatkan peningkatan berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, promosi yang dijalankan juga berjaya meningkatkan jualan khususnya untuk jenama yang menyasarkan golongan muda.

“Untuk gincu yang lebih mahal pula, pelanggan mungkin membeli beberapa batang secara sekali gus sebelum ini, tetapi mereka cenderung untuk membeli sebatang sahaja pada masa ini,” katanya menjelaskan jualan gincu yang menurun.

Walaupun berdepan cabaran, Jace masih optimis ketika berdepan keadaan pasaran yang suram berikutan penularan COVID-19.

“Disebabkan orang ramai tidak boleh melancong pada masa ini, simpanan dan kuasa beli mereka justeru telah bertambah.

” Setiap wanita suka mencantikkan diri dan gincu adalah keperluan asas dalam persolekan, ini merupakan perkara yang tidak berubah,” katanya. MG

Syarikat penerbangan AS tutup tirai 2020 dengan 90,000 pekerja diberhentikan

Leave a Reply