Syarikat penerbangan AS tutup tirai 2020 dengan 90,000 pekerja diberhentikan

NEW YORK: Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) akan beroperasi dengan jumlah pekerja paling sedikit sejak 1987 apabila 90,000 kakitangan dibuang menjelang akhir tahun ini.

Menurut persekutuan industri penerbangan, keputusan itu terpaksa dilaksanakan susulan permintaan perkhidmatan yang jatuh merudum akibat pandemik COVID-19.

Menurut Airlines for America, jumlah kakitangan sepenuh masa akan menurun kepada 370,000 Disember ini daripada 460,000 pada Mac lalu, sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus.

Keputusan itu terpaksa diambil susulan tindakan pihak berkuasa yang meningkatkan sekatan berikutan peningkatan kes COVID-19.

Organisasi itu berkata, jumlah penumpang yang dibawa melalui penerbangan di AS kekal 65 peratus lebih rendah dalam beberapa minggu ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kesan Covid-19 : 13,000 kakitangan Malaysia Airlines ditawar cuti tanpa gaji

Syarikat penerbangan pada mulanya mengurangkan jumlah kakitangan dengan menawarkan skim persaraan awal dan cuti secara sukarela, namun menangguhkan pemberhentian sehingga 30 September, sebagai timbal balas terhadap bantuan sebanyak AS$25 bilion (RM103 bilion).

Bagaimanapun apabila Demokrat dan Republikan gagal mencapai persetujuan bagi pakej rangsangan yang boleh menarik sokongan, United Airlines dan American Airlines terpaksa memberhentikan 32,000 pekerja, bulan lalu.

Empat syarikat penerbangan kecil AS turut menutup operasi mereka sebelum ini.

Menurut Airlines for America dalam kajiannya terhadap kesan pandemik kepada industri menunjukkan suku daripada jumlah pesawat ‘terkandas’ sekurang-kurangnya selama 30 hari. – AFP.

Kerajaan perlu bantu, tapi syarikat penerbangan perlu berkorban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker