Wanita Nepal maut gaduh di restoran · MYKMU.NET

Wanita Nepal maut gaduh di restoran

Share

KLANG: Seorang wanita Nepal maut dalam pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Kepayang, dekat sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menerima panggilan mengenai pergaduhan di restoran berkenaan pada jam 7.45 malam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, polis mendapati seorang wanita terbaring dengan berlumuran darah, manakala seorang lelaki yang juga warga Nepal terbaring dalam keadaan mabuk.

“Wanita berusia lingkungan 30-an itu disahkan meninggal dunia dipercayai dicederakan dengan senjata tajam di leher.

Gaduh di Dataran Merdeka, 8 lelaki didenda RM1,000

“Susulan itu, polis menangkap lelaki berkenaan dan membawanya ke hospital untuk ujian kesihatan sebelum siasatan lanjut dijalankan.

“Polis turut menemui sebilah pisau dipercayai milik suspek di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita yang maut adalah pekerja sambilan di restoran berkenaan, manakala suspek adalah pelanggan.

Katanya, polis turut menahan empat lagi suspek, juga warga Nepal berusia lingkungan 30-an untuk membantu siasatan.

“Empat suspek direman empat hari sehingga Ahad, manakala suspek yang menerima rawatan di hospital direman tujuh hari sehingga 18 November ini.

“Punca pergaduhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

6 ditahan dipercayai mabuk, bergaduh ketika sambut hari jadi

Leave a Reply