Belanjawan2021 : Tahniah tetapi jangan terlalu gembira dengan sokongan
Oleh Dr Kamarul Yusoff
Ramai antara kita, termasuk saya sendiri, yang merasa lega bila Bajet 2021 di peringkat dasar pada hari ini telah diluluskan dengan suara majoriti.
Kegagalan pihak pembangkang mengumpulkan 15 sokongan bagi membuat undian belah bahagi menjadi petanda betapa berpecahnya mereka.
Setelah berdegar-degar menyatakan akan menolaknya sebagai simbol penolakan ke atas Perdana Menteri tiba-tiba saja mereka senyap hari ini.
Terdiamnya mereka mungkin kerana tidak menyangka kerajaan boleh bersikap akomodatif ke atas teguran dan sanggup membuat penambahbaikan.
Selain kerajaan, pujian terutamanya wajar diberikan kepada banckbencher UMNO, termasuk DSNR, yang tegar menegur dan PAS yang menyokong.
Begitupun, perlu diingat ini hanyalah undian untuk Bacaan Kedua sahaja di mana undian sebenar adalah untuk Bacaan Ketiga pada 15 Disember.
Dari 30 November ke 15 Disember pula 10 hari diperuntukkan untuk perbahasan bajet di peringkat jawatankuasa yang juga memerlukan undian.
Kerajaan BN hampir kalah dalam undian Bajet 2018 KPDNKK bagi peringkat jawatankuasa dengan undian 52-51 pada 20 November 2017.
Kerajaan PH juga hampir kalah dalam undian Bajet 2020 KPWKM bagi peringkat jawatankuasa dengan undian 32-28 pada 26 November 2019.
Kekalahan dalam undian bagi peringkat jawatankuasa, apa lagi dalam undian untuk Bacaan Ketiga, pastilah memberikan implikasi tertentu.
Oleh itu, sama-samalah kita berharap agar sikap akomodatif kerajaan akan diteruskan dan penambahbaikan akan benar-benar dilaksanakan.
Dr Kamarul Yusoff menang saman RM8j ke atas Aziz Isa dari Dap
You must be logged in to post a comment.