Rupanya ini rahsia buat onion ring rangup dan sedap

Terkini di My KMU !!!!---->

Rupanya ini rahsia buat onion ring rangup dan sedap

Rupanya ini rahsia buat onion ring rangup dan sedap

Resipi onion ring yang sedap dan rangup kesukaan anak-anak.

Selain ia mudah dibuat, kos untuk penyediaannya juga murah.

Buat sendiri di rumah, semestinya dapat menikmati sepuas-puasnya.

Mari kita tengok cara membuatnya.

Bahan-bahan;

  • 5 biji bawang besar holland – dipotong membulat
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • 150 ml air sejuk
  • 9 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil gula halus
  • Minyak masak secukupnya

Cuba juga Resipi Miang Pla Pao padu! Mudah sangat cara buat rupanya

Cara-caranya;

1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan bawang holland ke dalam mangkuk besar dan gaulkan serta kacau sebati.

2. Masukkan dalam peti dan sejukkan dalam setengah jam.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak anda mencukupi untuk memastikan bawang yang digoreng tenggelam.

4. Celupkan bawang ke dalam adunan tepung sejuk tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.

5. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan bersama sos cili dan mayonis.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Kredit: resepimudah

Leave a Reply