Mahathir sedia kerjasama semula dengan Muhyiddin hanya jika…

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia bekerjasama semula dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jika “kena caranya”.

“Itu kalau kena cara, ada cara, tapi tak payah saya cerita cara yang boleh saya kembali kerjasama (dengan Muhyiddin),” katanya ketika ditanya sama ada beliau sedia bekerjasama semual dengan Muhyiddin dalam program khas eksklusif bersama Astro Awani malam ini.

Katanya, jika kerjasama itu mahu dijalankan terdapat syarat yang perlu dipersetujui, namun tidak mendedahkan lanjut mengenainya.

Mahathir turut mendedahkan, ada pihak daripada kerajaan memujuk dan bertemu dengannya untuk bekerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, tetapi beliau enggan berbuat demikian kerana ada beberapa perkara tidak dipersetujui termasuk bekerjasama dengan pemimpin Umno yang mempunyai kes mahkamah.

“Dah dibuat dah (pujuk), tetapi saya kata biar kena syaratlah. Saya masuk saja tak jadi apa. Mereka nak tonjolkan saya sebagai menyertai mereka, itu bukan caranya. Saya dapati banyak yang tak kena.

“Saya dapati gabungan itu terdapat Umno, dengan semua enam orang penjenayah semua itu. Jadi saya tak mahulah dapat sokongan daripada enam orang ini kita harus ingat kalau menang pun, enam orang ni, kalau dia pergi ke tempat lain jatuh juga kerajaan,” katanya.

Dakwa Mahathir, beliau ditawar mengetuai PN jika setuju bekerjasama.

Belanjawan 2021 mungkin lulus

Mengulas Belanjawan 2021, Mahathir tidak menolak kemungkinan ia diluluskan di Dewan Rakyat.

Namun, beliau berpendapat kerajaan perlu sedar belanjawan berjumlah RM322.5 bilion itu dilihat hanya memberi wang tanpa matlamat tepat.

Katanya, kerajaan dan Kementerian Kewangan sewajarnya mendengar dan mengambil kira pandangan Ahli Parlimen bukan kerajaan kerana mereka juga membawa suara rakyat.

“Tetapi ramai yang tidak senang hati dengan belanjawan ini kerana ia nampaknya seolah-olah satu usaha memberi wang tanpa matlamat. Kita harap kerajaan ini lebih terbuka, iaitu mereka bukan sahaja nak kita luluskan sesuatu tetapi dengar juga pendapat kita.

“Jadi kalau kerajaan berasa terhutang budi kepada rakyat, maka mereka harus terima sekurang-kurangnya sebahagian daripada teguran kita,” katanya merujuk 12 cadangan penambahbaikan diutarakan pihaknya sebelum ini untuk menambah baik Belanjawan 2021. FMT

Muhyiddin penting politik berbanding prinsip, kata Dr M

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker