Jual surat pajak gadai RM30 tunggu KWSP
Petang tadi saya didatangi seorang wanita mahu menjual surat pajak gadai (digadai RM1800). Katanya beri saja dia RM30. Saya kata padanya mari datang saya beri RM100.
Sambil bersembang di kedai mamak, dia menceritakan keadaan suaminya yang dipotong gaji dan tak ada kerja lebih masa. Dua orang anaknya di universiti, dua orang di sekolah menengah dan seorang masih kecil.
Dia amat mengharap dapat mengeluarkan simpanan KWSP RM10 ribu untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Saya kata kepadanya supaya tidak mengharap kerana kerajaan PN PPBM tidak akan hiraukan kesusahan hidup rakyat. Kerajaan hanya memikirkan periuk nasik mereka, berbelanja mewah dan membeli harta sesuka hati.
Saya sampai di pejabat tadi dan lihat mesej. Dia mengucapkan terima kasih kerana membeli surat pajak gadainya dan menunjukkan gambar barang dapur yang sudah dibelinya.
Saya minta DS Najib Razak perjuangkan. Bantulah rakyat yang menderita.
Dari FB Aemierulrizaki Rambli
Ramai ke pajak gadai selesai urusan tertangguh, kata persatuan