Rita Rudaini tetap vouge pakai baju raya 11 tahun lepas
Rita Rudaini tetap vouge pakai baju raya 11 tahun lepas
Bergelar selebriti popular tidak semestinya perlu berbelanja besar untuk menyediakan pakaian baharu semasa meraikan Aidilfitri.
Pelakon Rita Rudaini misalnya tidak kisah apabila menyarung baju raya yang telah dibeli sejak 2012 untuk meraikan lebaran bersama dua orang anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Rita, 47, masih kelihatan anggun menggayakan sepasang baju kurung hitam dengan potongan moden yang didakwanya sudah berusia 11 tahun.
“Selamat hari raya. Anak-anak saya siapkan tiga pasang baju baharu. Tapi saya baju dari tahun 2012 sahaja,” tulisnya.
Dalam hantaran itu juga, Rita kelihatan sangat gembira sambil diapit dengan dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11, yang masing-masing mengenakan persalinan baju Melayu berwarna merah jambu.
Berdasarkan beberapa foto hari raya yang diraikan bersama keluarganya, berkemungkinan pelakon itu meraikan lebaran di kampung halamannya di Kangar, Perlis.
Meninjau dalam ruangan komen, ramai pengikutnya memuji sikap Rita apabila tidak membazir dan meraikan lebaran secara sederhana dan seadanya.
“Bagus Rita tak malu mengaku pakai baju tahun 2012. Macam inilah emak-emak, yang penting anak-anak gembira,” kata seorang pengikutnya.
“Suka tengok Rita, masih kelihatan cantik..Tak kisahlah baju tahun 2012 sekali pun,” ujar seorang lagi peminatnya.
“Dah jadi mak, baju baharu bukan lagi keutamaan. Yang penting anak-anak,” komen seorang pengguna Instagram.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013. K Online
Rita Rudaini tetap vouge pakai baju raya 11 tahun lepas
Baca Artikel Menarik:
- Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam
- View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi
- View Chin pukul Ah Moi
- 2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]
- SPRM buru Siti Liyana
- Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
- Adam Lee mengamuk di kedai karpet [VIDEO]
- Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
- Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
- Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak
- Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah
- Tak sesalkah mereka runtuhkan masjid?
- Puteri Sarah Dianggap Melampau Tak Tutup Aib Suami
- Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET