Video Misteri: BlackPink Bakal Anjur Konsert Di Kuala Lumpur?

Terkini di My KMU !!!!---->

Kumpulan sensasi Korea Selatan Blackpink tampil dengan kejutan pada Isnin apabila memuat naik satu video ‘teaser’ misteri pada laman Twitter dan Instagram rasmi mereka.

Video yang hanya berdurasi 30 saat itu memaparkan imej satelit bandar-bandar di seluruh dunia beserta dengan waktu yang sama (hanya pada zon waktu yang berbeza) untuk setiap bandar.

‘Teaser’ tersebut yang berlatar belakangkan lagu ‘How You Like That’ menampilkan bandar-bandar seperti Seoul, Paris, Sydney, Rio de Janeiro, Johannesburg, New York, Los Angeles, Toronto, London, Istanbul, Mexico City dan Amsterdam.

Tidak ketinggalan juga bandar di negara-negara Asia seperti Kuala Lumpur Singapura, Jakarta, Hong Kong, Mumbai, Tokyo, Taipei dan Bangkok.

Rata-rata Blink Malaysia tentunya menantikan kemunculan kembali Blackpink di Malaysia susulan penampilan mereka di tanah air pada 23 Februari tahun lalu.

Konsert berkenaan merupakan konsert pertama Blackpink yang dianggotai oleh Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo di Malaysia.

Ada Blink (nama fandom Blackpink) yang membuat spekulasi bahawa ‘teaser’ yang berkapsyen ‘Blackpink – Around The World’ memberikan bayangan bahawa kuarter itu akan mengadakan sebuah konsert atas talian.

 

 

Sekiranya spekulasi itu menjadi kenyataan, ia akan menjadi konsert maya pertama kuartet tersebut sejak pengeluaran album mereka pertama berjudul ‘THE ALBUM’.

Walau apa sekalipun, tentunya Blink di seantero dunia tidak sabar menanti pengumuman seterusnya berhubung projek berskala global ini.

Apakah tekaan anda, Blink? Kongsikan keterujaan anda bersama-sama kami!-Awani

Digelar BLACKPINK Malaysia, Dolla dedah sejarah penubuhan kumpulan (video)

Revolusi luar biasa BLACKPINK

Leave a Reply