Pegawai Annuar pertahankan kenyataan Umno parti yang kalah

Kenyataan Annuar ‘UMNO parti yang kalah’ satu kejujuran politik – Tun Faisal

Tun Faisal berkata pandangan itu hanya bermatlamat mempertahankan agenda penyatuan ummah, kuasa politik ummah dan memastikan UMNO tidak tersilap langkah dalam percaturan politik menjelang PRU-15.

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa segelintir ahli lupa bahawa UMNO ialah parti yang kalah dan sudah jatuh dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu disifatkan sebagai mempertahankan kejujuran politik.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata pandangan itu hanya bermatlamat mempertahankan agenda penyatuan ummah, kuasa politik ummah dan memastikan UMNO tidak tersilap langkah dalam percaturan politik menjelang PRU-15.

Tegas beliau pendapat itu sekali gus bukan mempertahankan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya yakin Annuar bukan bercakap bagi pihak Bersatu dan mendahului Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dalam soal taktikal.

“Saya percaya Annuar hanya mempertahankan kejujuran politik iaitu bercakap benar dan tidak menyembunyikan fakta sebenar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata adalah tidak wajar untuk terus menerus memainkan naratif palsu mengenai PRN Sabah yang direka-reka untuk memberi justifikasi kepada usul menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan cara menyemarakkan permusuhan dengan Bersatu.

“Saya berdoa supaya Ahli MKT, ahli UMNO dan cybertrooper berbayar yang memainkan naratif palsu, sentimen kebencian dan anti penyatuan Ummah ini segera insaf dan kembali kepada asas perjuangan sebenar iaitu pemerintah Islam, permuafakatan Ummah, penyatuan bangsa, ‘NO Anwar dan NO DAP.’

“Jangan bersubahat dengan penyebar naratif palsu dan usaha menghalalkan sokongan terhadap Anwar,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu menambah, Annuar mungkin dilihat seolah-olah bersendirian dalam menyatakan perkara tersebut secara terbuka, namun hakikatnya sebaliknya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi semalam menempelak Setiausaha Agung BN dengan mengingatkannya supaya tidak mendahului presiden parti dalam isu dasar taktikal atau bertindak sebagai ketua penerangan parti lain. Awani

Cermin diri sendiri, kata SUA Annuar Musa kepada Nazri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker