Dikecam ‘Basuh’ Nasi Yang Ditanak, Ahli Kimia Kongsi Manfaat Tapis Air Rebusan Beras

Terkini di My KMU !!!!---->

 

Baru-baru ini, viral video masakan seorang chef dari BBC Food gara-gara membasuh nasi yang sedang ditanak dengan air paip. Rata-rata kurang bersetuju dengan teknik yang diperkenalkan chef itu kerana dianggap menyusahkan.

Chef wanita itu dikecam gara-gara membasuh nasi yang sedang ditanak dengan air paip. Rata-rata penduduk Asia kurang setuju dengan teknik yang diperkenalkan chef itu kerana menganggap menyusahkan.

Seorang ahli kimia iaitu Dr Che Puteh Osman menerusi laman Twitter berkongsi mengenai nutrisi dan teknik itu sebenarnya adalah menyihatkan.

 

Seperti pembuatan parboiled

Kenyataan yang dikongsi Dr Che Puteh Osman ini turut disokong oleh myHealth menyatakan indeks glisemik (IG) merupakan penanda berapa cepat sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan gula dalam darah seseorang selepas makanan itu dimakan.

Amalan pengambilan makanan rendah IG merupakan salah satu cara untuk mengawal paras gula dalam darah selain mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Proses pengelatinan kanji

Dr Che Puteh menjelaskan proses membuang air rebusan nasi membantu menyingkirkan sebahagian kanji di dalam beras. Malah, indeks glisemik sesuatu beras turut bergantung kepada jenisnya berikutan kandungan kimia yang berbeza.

Dia juga turut berpesan agar kita menerima dan mengaplikasikan teknik berbeza secara terbuka untuk mempelajari kaedah baru.

Sumber: Che Puteh Osman, BBC Food

One thought on “Dikecam ‘Basuh’ Nasi Yang Ditanak, Ahli Kimia Kongsi Manfaat Tapis Air Rebusan Beras

  • November 24, 2020 at 14:28
    Permalink

    Tak perlu kecam. Kalau nak sihat memang kerjanya agak leceh tetapi berbaloi. Macam kita pergi ke kedai, kalau tak nak mencemarkan alam sekitar dengan CO2, jalan kaki atau nak basikal, sihat tapi lambat sampai. Kalau nak cepat naik kenderaan bermotor fossil fuel tapi udara tercemar dan berlaku perubahan iklim seperti banjir dan puting beliung. Kita boleh buat kedua2nya atau pilih salah satu,

    Reply

Leave a Reply