Malaysia perlu jadi contoh negara kawal jual arak

Sebaran :

IPOH – Malaysia perlu menjadi sebuah negara Islam terkehadapan dan contoh dalam mengawal penjualan arak berbanding negara-negara lain.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, langkah mengawal penjualan arak yang diumumkan itu seharusnya perlu disokong semua pihak seiring langkah kerajaan menaikkan hukuman kepada pemandu-pemandu mabuk.

Menurutnya, keputusan untuk mengawal penjualan minuman keras itu juga dapat membantu kerajaan membentuk rakyat Malaysia yang sihat.



“Kesan negatif arak kepada kesihatan individu, keluarga, masyarakat dan negara jauh lebih besar daripada sumbangan cukai arak kepada pendapatan negara.

Thailand negara contoh berjaya urus wabak COVID-19

“Malah perkara ini sudah disebut di dalam al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah ayat 219. Jadi saya bersetuju supaya penjualan arak dapat dikawal agar tidak mudah dijual dan dibeli dengan mudah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary bahawa kerajaan Persekutuan membayangkan lebih banyak negeri yang akan mengikut jejak langkah Wilayah Persekutuan untuk tidak membenarkan lagi penjualan arak di kedai runcit mulai tahun depan.


Semalam, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh dalam satu kenyataan menggesa larangan penjualan arak di premis kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina yang bakal dikuat kuasa pada Oktober 2021 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diperluaskan ke Perak.

Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 muktamad.

Pada 3 Jun lalu, kerajaan Perak menyatakan kesediaan untuk membuat kajian semula terhadap polisi dan dasar penjualan serta penggunaan arak di negeri ini berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kajian itu termasuklah melihat kepada keperluan untuk membekukan sementara permohonan lesen baharu penjualan arak atau mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dengan kerjasama polis.

Tidak wajar Dr. Mahathir jadikan PTPTN contoh Melayu malas – Najib


Sebaran :

Leave a Reply