Thailand negara contoh berjaya urus wabak COVID-19

Share

Thailand merupakan contoh negara yang berjaya menguruskan wabak COVID-19 dengan pendekatan menyeluruh termasuk pemerintah dan masyarakat walaupun tanpa vaksin.

Ketua Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, Thailand adalah negara pertama di luar China yang diancam kes COVID-19, tetapi setakat ini kurang dari 4,000 kes dan hanya 60 kematian, walaupun mempunyai populasi 70 juta rakyat dan Bangkok salah satu bandar terbesar dan paling padat di dunia.

Dalam ucapan penutup kepada Majlis Kesihatan Sedunia, yang berlangsung minggu ini, Tedros berkata, sebagai perbandingan dengan United Kingdom mempunyai populasi sekitar 68 juta penduduk dalam masa yang sama mempunyai 1.3 juta kes dengan 51,396 kematian, sebagaimana data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University.

Menurutnya, Thailand membuat komitmen 40 tahun yang lalu untuk melabur dalam infrastruktur penjagaan kesihatannya dan telah membangun rangkaian lebih dari satu juta sukarelawan kesihatan desa untuk bertindak sebagai mata dan telinga sistem kesihatan dalam masyarakat mereka

Bahkan katanya, Thailand juga belajar dari pengalamannya menangani wabak SARS pada tahun 2003.

“Saya menyeru semua negara untuk mengikuti langkah Thailand. Tidak ada negara yang dapat mengatakan bahawa ia cukup persiapan untuk hadapai COVID-19, atau bahawa ia tidak mempunyai pelajaran untuk dipelajari,” katanya dipetik marketwatch.com .

Katanya, tiba masanya untuk naratif baru yang melihat kesihatan bukan sebagai biaya tetapi pelaburan yang menjadi asas ekonomi produktif, berdaya tahan dan stabil.

Tedros mengulangi mesejnya bahawa negara-negara dapat mengekang wabak COVID-19 walau tanpa vaksin dengan mengikuti langkah-langkah keselamatan umum yang disarankan oleh pakar dan agensi kesihatan.

COVID-19: Thailand jangka vaksinnya sedia diguna tahun depan

Leave a Reply