Kuching memerlukan lapangan terbang yang lebih besar – Abang Johari

KUCHING: Sarawak terus melangkah ke hadapan bagi mendepani cabaran pasca COVID-19 melalui perancangan pembinaan lapangan terbang yang lebih besar di Kuching.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu adalah sebagai persediaan menampung jumlah penerbangan dan kemasukan pelancong yang dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Tambahnya, inisiatif itu sedang dikaji oleh pakar dalam pembangunan lapangan terbang.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini sudah sesak dan pastinya dalam tempoh dua tahun akan datang, KIA tidak akan mampu menampung kemasukan pelancong yang lebih ramai.



“Jadi kita perlu merancang sekarang dan perkara ini masih dalam perbincangan. Kerajaan negeri sedang meneliti perkara ini sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong pasca COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi webinar anjuran Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) pada Isnin. Awani

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan syarikat penerbangan beroperasi pada kapasiti penuh bagi penerbangan Semenanjung Malaysia ke Sarawak, dan sebaliknya, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Lim Shin berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor.



“Walaupun kelulusan telah diberikan bagi perjalanan antara negeri dan dengan kapasiti penerbangan 100 peratus, semua agensi seperti pengendali lapangan terbang dan pengendali syarikat penerbangan mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) terhadap penumpang di terminal dan semasa berada di dalam pesawat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Betulkah Lapangan Antarabangsa Kulim akan diibiayai swasta?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker