Kanak-kanak Rentung Dalam Kebakaran Kilang Getah Sintetik

Kanak-kanak Rentung Dalam Kebakaran Kilang Getah Sintetik

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia berusia 11 tahun maut dalam kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses getah tiruan (sintetik) di Kawasan Perindustrian Bakar Arang dekat sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Anuar Abdul Rahman @ Abdul Rahim berkata mayat Misha Kasih ditemukan dalam keadaan rentung di tingkat dua bangunan pejabat kilang berkenaan.



“Kanak-kanak itu kemudiannya telah diserahkan kepada keluarga beragama Islam untuk dijaga namun sering dibawa oleh pengurus kilang ke tempat kerja untuk bermain dan tidur di situ bersama anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian anak pengurus kilang itu yang tidur di dalam sebuah bilik di bangunan kilang terbabit sempat menyelamatkan diri, namun Misha gagal ditemui ketika itu.

Anuar berkata kebakaran itu memusnahkan hampir 95 peratus kilang, yang telah beroperasi sejak hampir 20 tahun lepas.



Katanya mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk proses bedah siasat.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.11 pagi.

“Sebaik jentera bomba tiba di lokasi didapati api sedang marak, ia berjaya dikawal pada pukul 5.10 pagi. Mayat kanak-kanak itu telah dijumpai pada pukul 7.30 pagi,” katanya.

Katanya jumlah kerugian dianggarkan RM16.35 juta dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-HM



Kanak-kanak Rentung Dalam Kebakaran Kilang Getah Sintetik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker