Gempa bumi sederhana landa Laut Seram, Indonesia

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda selatan Laut Seram, berhampiran Maluku, Indonesia pada jam 7.27 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedudukan 150 kilometer (km) barat laut dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 35 kilometer.

Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker