Mahu lulus belanjawan, kerajaan kena pandai jaga ‘pintu gol’ – Shabery
Walaupun ada titah Yang Dipertuan Agong (YDPA) meminta Belanjawan 2021 disokong namun kerajaan tidak boleh berlindung di sebalik titah diraja itu semata-mata.
“Nak jadi kerajaan tak boleh dilihat bina tembok besar menutup pintu gol takut disumbat. Sebab itu ada cadangan perlunya ada usul undi percaya menyusul selepas bajet diluluskan,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shabery Cheek dalam media sosialnya hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas sidang Dewan Rakyat minggu depan yang menjadi titik tolak sama ada belanjawan kali ini mendapat diluluskan atau tidak.
Sebelum itu, menurutnya, kisah pengundian bajet hampir ditolak adalah biasa.
“Minggu depan pengundian di peringkat dasar, selepas itu banyak pengundian-pengundian lain di peringkat jawatankuasa.
“Menteri-menteri kena pandai jawab dan berbahas. Tak ada siap boleh bantu. Ada kala pengundian dibuat jam 2 atau 4 pagi. Boleh tonton live di internet.
“Ia seperti perlawanan bola sepak. Kalau leka dan pintu gol terbuka jangan salahkan penyerang. Tak ada yang kata siapa yang sumbat gol adalah pengkhianat,” katanya lagi. MG
You must be logged in to post a comment.