Wanita cedera ditikam suami

Baling: Wanita cedera di perut dipercayai ditikam suaminya selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Kampung Iboi, Kupang dekat sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, wanita berusia 36 tahun bekerja sebagai operator kilang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani disebabkan kecederaan yang dialaminya itu.

Menurutnya, dikatakan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu ditikam dengan sebilah pisau sebanyak dua kali di perut.

Katanya, pertengkaran itu disedari ibu mangsa apabila terdengar perang mulut di luar rumah sebelum pintu dapur ditendang sehingga pecah dan berlaku pergelutan di dalam kediamannya.

“Menurut laporan ibu mangsa, dia berada di bilik rumahnya sebelum terdengar pertengkaran antara anak dengan menantunya sehingga terdengar bunyi pintu dapur terkopak akibat ditendang.

Mahathir : Saya atur pengampunan Anwar, tapi dia “tikam belakang” saya

“Ibu mangsa cuba menghubungi polis tetapi menantunya itu bertindak merampas telefon dan menghempas ke lantai sambil mengugut mencederakannya.

“Selepas itu, lelaki berkenaan mengacukan pisau kepadanya dan menyebabkannya tidak berani melawan kerana bimbang keselamatan diri,” katanya.

Menurutnya, polis masih memburu lelaki berusia 33 tahun yang melarikan diri .

Katanya, usaha mengesan lelaki berkenaan sedang dijalankan dan pihaknya percaya suspek masih berada di kawasan itu kerana tidak boleh keluar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, ” katanya.

Pendakwah Syekh Ali cedera ditikam semasa mengajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker