DAP jangan asyik ‘belit’, kemuka bukti atau lapor kepada SPRM – PCM

“Jangan asyik cakap tanpa bukti dan fakta dengan niat untuk terus racuni fikiran rakyat.

“Tindakan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai yang bercakap menuduh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tanpa mengemukakan apa-apa bukti kukuh sebenarnya bukan sahaja meragukan malah timbul apakah agenda berbuat demikian?

“Pada kami, baik sahaja Kok Wai dan DAP membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ambil apa sahaja tindakan undang-undang seperti kebiasaan terhadap mana-mana pihak yang mengkritik mereka,”

Itu kata-kata Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berhubung tuduhan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras bahawa 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah terjual sepanjang Annuar menjadi Menteri Wilayah Persekutuan lapan bulan ini.

Kata Cheng Guan, sememangnya senang untuk tuduh menuduh atau dakwa sesuatu sehingga mampu meracun atau mengelirukan rakyat namun negara mempunyai undang-undang,.

“Senang saja , kalau ada bukti rasuah , saya minta MP Cheras pergi lapor segera kepada SPRM. Kita tidak boleh biarkan perkara serius seperti ini begitu sahaja.

“Tetapi jika tidak ada bukti, saya minta pula DBKL dan Annuar serta Kementerian Wilayah Persekutuan menyaman Kok Wai kerana membuat fitnah. Jangan ingat anda kebal hanya kerana pembangkang.

“Ingat juga, rakyat juga bukanlah buta untuk dengar semua kenyataan tuduhan serta fitnah mengarut semata-mata kempen politik kamu,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

Petang semalam sebuah portal berita melaporkan bukan sahaja mendakwa 42 plot tanah telah terjual sebaliknya juga menyoal apakah status penjualan tanah-tanah ini.

Dakwa Kok Wai lagi, sejak Annuar memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan banyak tanah telah dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan, dibangunkan sebagai projek perumahan dan campuran komersial.

Kok Wai mendakwa daripada 42 plot tanah tersebut, empat daripadanya adalah dari kawasan Parlimennya. MG

PCM kecam Ronnie Liu hina Raja-Raja Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker