Dah kahwin di Thailand konon…

Helah seorang lelaki kononnya sudah berkahwin dengan pasangannya di Thailand tidak menjadi apabila pemeriksaan mendapati mereka masih berstatus isteri dan suami orang.

Lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan itu kepada anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika dicekup berkhalwat di sebuah rumah di Taman Sungai Kob, Karangan di sini hari ini.

PASANGAN yang dicekup awal pagi tadi. FOTO Ihsan PADK
Pegawai Penguatkuasa Agama Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, pasangan itu dicekup pada 4.40 pagi tadi berdasarkan maklumat awam.

Menurutnya, selepas pintu diketuk, seorang wanita membukanya manakala lelaki itu berada di ruang dapur rumah berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, ketika itu hanya mereka berdua dalam bilik berkenaan dan timbul syak berlakunya maksiat di rumah berkenaan.

“Ketika disoal, mereka pada mulanya mengaku pasangan suami isteri dan bernikah di Thailand namun gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan malah siasatan mendapati masing-masing sudah berkahwin,” katanya.

Anwar Sharifudin berkata, lelaki itu memberitahu, isterinya pulang ke kampung dan sedang mengandung anak kedua manakala wanita berusia 37 tahun itu yang mempunyai dua anak kini dalam proses bercerai dengan suaminya.

“Berikutan itu mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.-HM

https://mykmu.net/2018/01/19/salahkan-kerajaan-jadi-helah-mahathir/

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker