Pendakwah Syekh Ali cedera ditikam semasa mengajar

Share

Seorang pendakwah terkenal di Indonesia, Syekh Moh Ali Jaber ditikam oleh seorang yang tidak dikenali ketika mengajar al-Quran di Masjid Falahuddin, Tamin, Tanjungkarang Pusat kelmarin.

Semasa mengajar seorang kanak-kanak perempuan, seorang lelaki berbaju biru menaiki pentas dan menikam ke arah perut Syekh Moh Ali.

Namun beliau sempat mengelak namun pisau berkenaan tertusuk di bahunya sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.


Menurut laporan portal Indonesia, Syekh Moh Ali dalam keadaan stabil dan bersyukur kerana Allah ‘menyelamatkannya’ daripada terbunuh dalam kejadian itu. MG

Leave a Reply