Ditanam Paras Leher · MYKMU.NET

Ditanam Paras Leher

Share

Ketika ditemui, sebahagian daripada tubuhnya daripada leher ke bawah berada di dalam tanah dan keadaan kakinya didapati bersilang.

Kepala mangsa pula tidak ditimbus dengan tanah dan terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa dipercayai akibat digigit binatang liar.

The Sun melaporkan mangsa dipercayai berusia 36 tahun tetapi identitinya tidak didedahkan, disyaki masih hidup ketika ditanam di lokasi berkenaan.

Pasukan penyiasat percaya mangsa meninggal dunia lebih daripada seminggu.

Agensi

Media tempatan melaporkan mayat mangsa ditemui bersama rantai emas dan loket di dalam poket seluar serta stoking yang dipakai.

“Mayat mangsa ditemui di hutan antara bandar St Petersburg dan pinggir bandar Yuntolovo iaitu kira-kira 500 meter dari jalan raya utama yang menghubungkan kedua-dua kawasan berkenaan.

The woman is believed to have been buried alive in a forest in Russia

“Ia ditemui oleh seorang individu yang kebetulan berjalan-jalan di dalam hutan itu.

“Ada kemungkinan mangsa ditanam hidup-hidup dan tidak dapat membebaskan dirinya sebelum meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, seorang sumber memberitahu agensi berita Fontanka bahawa terdapat kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat dicekik.

The gruesome pictures were posted on a website with links to law enforcers

Namun, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

Siasatan turut dijalankan bagi mengetahui punca kematian sama ada disebabkan perbuatan jenayah atau ada kaitan dengan upacara pemujaan.

Ini kerana beberapa sumber mendakwa keadaan mangsa itu seolah-olah amalan hukuman mati masyarakat kuno Rusia, terhadap wanita yang membunuh suami. -HM

The Sun

Warga emas dijumpai ditanam hidup-hidup di Kluang [VIDEO]

Leave a Reply