Warga emas dijumpai ditanam hidup-hidup di Kluang [VIDEO]

KEJAM! inilah ungkapan yang dapat diluahkan. Seorang warga emas dijumpai ditanam hidup-hidup hari ini.

Melalui satu rakaman video amatur yang dikongsikan oleh Muhammad Shahideen di dalam facebook beliau, warga emas yang diselaputi dengan tanah dilihat tidak bermaya diangkat oleh seorang buruh pembinaan bersama rakan rakan sekerja.

Salah seorang dari mereka memaklumkan mereka menjumpai warga emas itu yang ditanam hidup-hidup dan ketika dijumpai warga emas ini masih boleh bersuara.

 



Dari percakapan dan loghat mereka di dalam video tersebut, pekerja buruh pembinaan tersebut dipercayai berasal dari negara seberang Indonesia.

Mengikut percakapan di dalam video tersebut kejadian ini berlaku di Kluang Johor.

Sehingga artikel ini ditulis tidak diketahui butir lanjut berkenaan keadaan warga emas tersebut.



Setakat hari ini tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa tentang perkara ini.

Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap si pelaku yang tidak berperikemanusiaan dan berhati perut ini jika terdapat unsur jenayah dan  benar benar berlaku di dalam negara ini.

[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/09/warga-tua-ditanam-hidup2.mp4[/KGVID]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker