Manila tak pernah tuntut Sabah ketika BN berkuasa, kata Najib

Share

Najib Razak menasihatkan kerajaan tidak melayan tuntutan secara “tiba-tiba” oleh Filipina ke atas Sabah.

Beliau berkata, Manila tidak pernah membuat tuntutan ke atas Sabah pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

“Masa saya jadi PM, negara Filipina tak pernah bangkitkan isu ini kepada saya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.


Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Sabah sebahagian daripada Malaysia dan “Kita jangan tunduk dan jangan layan tuntutan negara lain”.

Isu Manila menuntut Sabah timbul kembali susulan kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr yang mahu menubuhkan semula sebuah pejabat di jabatannya yang dikhaskan untuk usaha menuntut semula Sabah.

Julai lalu, Locsin mendakwa Sabah “bukan dalam Malaysia” dan calon presiden Filipina menawarkan rasuah “besar” kepada pegawai selama bertahun-tahun untuk menggugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah. FMT


Leave a Reply