Russia hasilkan vaksin besar-besaran

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, hari ini meminta negara dinamakan BRICS untuk menghasilkan vaksin coronavirus buatan Russia, secara besar-besaran.

Putin berkata demikian ketika berucap dalam sidang kemuncak secara maya membabitkan Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Beliau menggalakkan empat lagi negara BRICS untuk menghasilkan dan mengagihkan vaksin coronavirus yang dibangunkan oleh Russia.

“Ada vaksin Russia. Ia berkesan dan selamat. Sehubungan itu, amat penting untuk kita bersatu bagi memastikan pengeluarannya dibuat secara secara besar-besaran,” katanya.

Putin turut memaklumkan, Russia memeterai perjanjian dengan India dan Brazil untuk menjalankan ujian klinikal bagi vaksin Sputnik V, selain perjanjian pengeluaran dengan China dan India.

Korea Selatan akan hasilkan 150 juta dos vaksin COVID-19 Russia

Untuk rekod, negara pengeluar vaksin terbesar dunia ialah India melalui Serum Institute of India.

Bagaimanapun, pemimpin Russia itu tidak menjelaskan secara khusus, usaha dibuat kelima-lima negara itu bagi memastikan pengeluaran vaksin, secara besar-besaran atau menggariskan syarat tertentu bagi tujuan komersial.

Setakat ini, Russia mendaftarkan dua vaksin coronavirus keluarannya, iaitu Sputnik V dan EpiVacCorona, ketika kebanyakan negara turut bertungkus lumus untuk menghasilkan vaksin yang berkesan, susulan wabak itu yang sudah mengorbankan lebih 1.3 juta penduduk dunia.

Kena jel 13 tahun

Russia juga memohon kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi mempercepat pendaftaran dan prakelayakan vaksin Sputnik V yang didakwa tahap keberkesanannya mencapai 92 peratus.

Beberapa saintis Barat menyuarakan kebimbangan mengenai pengeluaran vaksin COVID-19 dan memberi amaran kelulusan secara tergesa-gesa, mungkin akan membahayakan nyawa.

Sementara itu, syarikat farmaseutikal gergasi, iaitu Pfizer dan BioNTech pada awal bulan ini mengumumkan vaksin keluaran mereka berkesan sehinga 90 peratus.

Isnin lalu, syarikat Amerika Syarikat (AS), Moderna memaklumkan keputusan awal bagi vaksin dihasilkannya, terbukti berkesan sehingga 94.5 peratus.

Tiga daerah di Sabah jalani saringan COVID-19 secara besar-besaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker