Malaysia tarik diri kelayakan Piala Dunia?

Kuala Lumpur: Adakah skuad Harimau Malaya menarik diri dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun depan?

Khabar angin terbabit bertiup kencang ketika ini apabila terdapat laporan sebuah portal luar negara yang memaklumkan bahawa skuad kendalian Tan Cheng Hoe tidak akan beraksi pada saingan terbabit pada tahun depan berikutan menghadapi beberapa masalah.

Menurut laporan berita terbabit memaklumkan bahawa Malaysia menghadapi masalah untuk ke luar negara berikutan pintu sempadan ditutup akibat penularan Covid-19.



Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam ketika dihubungi memaklumkan bahawa berita terbabit mengejutkan pihaknya berikutan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit.

Boleh mohon BPN 2.0 sehingga 15 Nov

Beliau berkata, Malaysia tetap komited untuk bersaing dalam pertandingan kelayakan terbabit berikutan skuad Harimau Malaya berpeluang cerah untuk ke pusingan seterusnya.



“Berita terbabit tidak benar malah kita juga dalam usaha mempersiapkan barisan pemain apabila pandemik Covid-19 reda bagi mengharungi cabaran terbabit.

“FAM tidak pernah menyuarakan hasrat untuk menarik diri dan itu adalah laporan tidak bertanggungjawab,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, perlawanan antarabangsa pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 ditunda ke tahun depan.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan berkata ia sebagai langkah pencegahan Covid-19 yang menular di seluruh dunia.



Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan Piala Asia AFC China 2023, yang pada awalnya bakal berlangsung ketika jadual antarabangsa pada Oktober dan November 2020, ditunda ke 2021.

Mengikut rekod, Harimau Malaya sepatutnya mengharungi aksi timbal balik pusingan kedua, Kumpulan G dengan bertandang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Oktober lalu sebelum menyambut Vietnam, lima hari kemudian disusuli aksi bertemu Thailand (17 November)

Habislah Nabil, MeleTOP jemput Azwan Ali



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker