Korea Selatan akan hasilkan 150 juta dos vaksin COVID-19 Russia


Russia menandatangani perjanjian dengan syarikat bio-teknologi Korea Selatan, GL Rapha untuk menghasilkan lebih 150 juta dos vaksin Sputnik V di Korea Selatan. – Foto AFP

MOSCOW: Dana Pelaburan Langsung Russia (RDIF) hari ini berkata, ia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat bio-teknologi Korea Selatan, GL Rapha untuk menghasilkan lebih 150 juta dos vaksin Sputnik V di Korea Selatan setiap tahun, lapor agensi berita Sputnik.

“Kedua-dua pihak bercadang untuk memulakan pengeluaran pada Disember 2020 dan pelancaran vaksin Sputnik V pada Januari 2021.

Rusia tunggu kelulusan WHO untuk Sputnik V



Memetik analisis sementara pertama hasil ujian klinikal fasa 3 Sputnik V yang membabitkan 40,000 sukarelawan, RDIF mendakwa keberkesanannya ialah 92 peratus.

“Sputnik V adalah berasaskan platform vektor adenoviral manusia yang selamat dan berkesan. Oleh kerana pandemik ini masih belum berakhir, lebih banyak negara mengenal pasti platform vektor adenovirus manusia dan merancang untuk memasukkan vaksin ini dalam portfolio vaksin nasional mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif RDIF, Kirill Dmitriev.

Vaksin Rusia diragui



Menurut kenyataan akhbar itu, RDIF telah menerima permintaan lebih 1.2 bilion dos vaksin daripada lebih 50 negara dan mempertimbangkan untuk meningkatkan kemampuan pengeluarannya di luar negara. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker