Palestin pulih koordinasi dengan Israel

twitter sharing button
whatsapp sharing button
sharethis sharing button
Palestin menghentikan semua koordinasi dengan Israel selepas Tel Aviv merancang untuk merampas 1/3 kawasan Tebing Barat. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan memulihkan semula koordinasi dengan Israel yang digantung pada Mei sebagai respons kepada pelan Israel untuk merampas sebahagian 1/3 kawasan Tebing Barat, kata seorang pegawai kanan PA.

Hussein al-Sheikh, menteri hal ehwal awam PA dan pembantu kepada Presiden PA, Mahmoud Abbas, mengumumkan di Twitter pada Selasa bahawa hubungan dengan Israel akan kembali seperti biasa, selepas mendapat komitmen Israel secara bertulis dan lisan terhadap perjanjian sebelum ini, lapor Al Jazeera.

Terkejut jumpa buaya ketika memancing di Sungai Selangor

Komitmen Israel ini berlatarkan kekalahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada pemilihan presiden AS awal bulan ini. Pesaingnya, Joe Biden dari Parti Demokrat, dijangka mengangkat sumpah pada 21 Januari ini.

Semua koordinasi antara Palestin dan Israel tergantung pada Mei, selepas Israel bersiap sedia untuk merampas 1/3 daripada kawasan Tebing Barat dalam rancangan yang dibentangkan oleh pentadbiran Trump.

Palestin memberi amaran perampasan itu menjadikan penyelesaian 2 negara mustahil dicapai. Perjanjian damai yang dimeterai pada 1990-an membayangkan penciptaan sebuah negara Palestin di samping Israel.

Cetak wang kertas lebih banyak untuk diagihkan kepada rakyat – Wan Fayhsal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker