[VIDEO] Aksi Sultan Johor Masak ‘Lamb Chop’ Sambil Pakai Apron MINION Curi Tumpuan Netizen..Comelnya..

Share

Umum sedia maklum, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sangat dikenali dengan sikap baginda yang mesra dan berjiwa rakyat

Walaupun sentiasa dengan penampilan tegas namun hakikatnya baginda sebenarnya seorang yang kelakar dan sangat merendah diri.

Ia dibuktikan melalui posting yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang menunjukkan baginda meluangkan masa memasak menu ‘lamb chop’ di Istana Flintstones, Mersing pada santapan tengah hari, semalam (17 November).

Sultan Ibrahim juga turut memuat naik video berdurasi selama hampir 1 minit yang menyaksikan baginda sendiri memasak ‘lamb chop’ di ruangan dapur di Istana Flintstones itu.

Berikut di bawah adalah video penuh Tuanku Sultan Ibrahim:

Baginda mencuri tumpuan apabila menggunakan apron watak-watak kartun Minion berwarna kuning ketika memasak

Ketika artikel ini ditulis pula video yang dimuat naik di Facebook dan Instagram Sultan Ibrahim tersebut sudah mendapat lebih dari 179,000 tontonan.

Tinjauan di ruangan komen di video berkenaan juga mendapati rata-rata netizen memuji pilihan Tuanku untuk memakai apron watak-watak kartun Minion berwarna kuning.

Malah, ada di antara mereka juga yang menonton video berkenaan kagum dan teruja dengan kehebatan baginda ketika beraksi di dapur.

Berikut di bawah antara komen daripada netizen:

 

Beruntungnya siapa dapat merasa air tangan Tuanku 🙂

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Seismik

Leave a Reply