Terkejut jumpa buaya ketika memancing di Sungai Selangor

PENDUDUK sekitar Kampung Kuantan di sini, terkejut apabila melihat seekor buaya tembaga sedang ‘berjemur’ di tebing Sungai Selangor di Kuala Selangor, hari ini.

Difahamkan kejadian itu turut dirakam sebelum video itu tular di media sosial serta mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Menerusi video berdurasi 4 minit 48 saat itu, reptilia berkenaan disedari dua pemancing wanita yang sedang memancing udang di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor Haidar Khan Mokbolhasan ketika dihubungi berkata, penemuan buaya bukanlah perkara luar biasa memandangkan sungai itu menjadi habitat reptilia terbabit.

“Kami akan menyiasat berhubung perkara ini kerana jajaran Sungai Selangor itu memang ada buaya.

“Pihak PERHILITAN sudah memasang papan tanda di sekitar Jeti Long Sahar di sini, sebagai tanda amaran kewujudan buaya,” katanya. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker