Kongres Ekonomi Bumiputera perlu bincang cadangan mansuh pencen penjawat awam- KJ

Khairy Jamaluddin mencadangkan isu pemansuhan pencen penjawat awam dibincangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 kerana sebahagian besar pekerja sektor berkenaan adalah orang Melayu dan Bumiputera.

Bekas menteri kesihatan berkata, isu pemansuhan pencen penjawat awam berkait rapat dengan keselamatan sosial orang Melayu dan Bumiputera.

“Saya tak pasti benda ini patut ada dalam KEB atau tidak. Ini berkenaan simpanan dan keselamatan sosial Bumiputera.



“Keselamatan sosial satu tajuk besar, keselamatan sosial rakyat Malaysia tapi yang khusus untuk KEB adalah keselamatan sosial Bumiputera,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan

Beliau berkata, KEB juga platform sesuai untuk mengemukakan resolusi membabitkan cadangan kerajaan memansuhkan pencen penjawat awam baharu.

“Ia peluang untuk KEB, walaupun libatkan semua bangsa tapi 90% penjawat awam adalah Melayu, jadikan ini sebagai usul resolusi KEB menyatakan sokongan. Kita memang tidak mampan, ada kajian dapati, dana pencen boleh cecah ke RM100 bilion untuk 30 tahun akan datang.

“Kita dah memang ada pilihan, ia Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.



Sementara itu, Shahril yang juga bekas ketua penerangan Umno berpendapat KEB adalah platform sesuai membincangkan isu jaringan keselamatan sosial ekoran ramai orang Melayu dan Bumiputera membuat pengeluaran simpanan dana KWSP ketika pandemik Covid-19.

“Ada peluang dalam KEB bercakap soal simpanan dan keselamatan sosial Bumiputera boleh diperkasakan.

“Daripada pengeluaran KWSP zaman Covid-19, kebanyakannya Bumiputera, komuniti Bumiputera simpanannya berkurang berbanding komuniti lain. Jurangnya melebar,” katanya.

KEB 2024 dijadualkan berlangsung 29 Feb hingga 3 Mac depan.



Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata KEB 2024 akan bersifat lebih menyeluruh dengan turut melibatkan input daripada kumpulan perniagaan bukan Melayu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker