5 kali amaran masih ceroboh, ‘Kebal’ atau ‘Tangan Ghaib’? Kerajaan Pahang perlu jawab

Share

Integriti, kredibiliti kerajaan negeri Pahang kini jadi taruhan

BANGI, 1 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Pelik! Meskipun lima kali amaran diberikan, mereka tetap meneruskan aktiviti penerokaan secara haram di kawasan Hutan Simpan Lesong. 

Apakah mereka langsung tidak takut? Atau ada ‘tangan ghaib’ yang membuatkan mereka merasa kebal sehingga berani meneruskan pencerobohan?

Demkian persoalan dibangkitkan Naib Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuantan, Muhammad Sabri Muda mengulas isu kegiatan haram pihak yang mengusahakan tanaman durian musang king di kawasan Hutan Simpan Lesong, Rompin, Pahang seluas 18 hektar. 

Difahamkan, mereka bukan sahaja menanam pokok durian musang king, malah turut menanam pokok durian belanda, nangka, kelapa selain membina stor simpanan barangan serta pejabat di dalam kawasan berkenaan.

Kegiatan berskala besar itu dilakukan di Kompartmen 74 dan 75 membabitkan penggunaan pelbagai jentera berat untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok.

Menurut laporan, mereka dilengkapi pelbagai jentera berat termasuk traktor dan jengkaut yang dipercayai digunakan untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok.

KWSP nak jual aset, kau tu dah kenapa? – Najib Razak

Mengulas perkara ini, Muhammad Sabri berkata, pihak Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin sudah pun memberikan lima kali sesi nasihat dan amaran supaya mereka memberhentikan kerja penerokaan seterusnya meninggalkan Hutan Simpan Lesong.

Bagaimanapun, penceroboh ini bagaikan tidak terkesan dengan amaran tersebut bahkan mahu memperluaskan lagi kawasan pencerobohan mereka. 

“Sepatutnya dengan sekali amaran sudah memadai, akan tetapi seolah-olah mereka tidak mengendahkan amaran tersebut. 

“Apakah ada ‘tangan ghaib’ yang membuatkan mereka merasa kebal,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Bimbang dengan sikap sebegini, Muhammad Sabri menggesa kerajaan negeri Pahang bertegas dengan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak yang berkepentingan. 

Kenyataan Jho Low: Jangan terima ‘bulat-bulat’ – Peguam Najib

“Kita juga mengharapkan sekiranya mereka ternyata benar-benar bersalah, maka terus ambil tindakan, jangan ada ‘double standard’ dalam dalam hal ini. 

“Jika tidak dihentikan dan diambil tindakan tegas, maka akan ada lagi siri-siri pencerobohan dengan menggunakan modus operandi yang sama di daerah-daerah yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kredibiliti dan integriti kerajaan negeri turut akan terjejas jika isu ini tidak ditangani seadilnya.

“Kerajaan negeri serta badan-badan penguatkuasa akan tercemar dan tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat,” katanya.

Terdahulu, empat lelaki berusia 29 hingga 63 tahun ditahan ketika mereka berada di kawasan hutan simpan berkenaan. 

Pegawai Pemelihara Hutan Daerah (PPDH) Rompin Yusof Othman membuat serbuan di kawasan tersebut bersama lebih 10 anggota penguat kuasa yang sebelum ini beberapa kali melakukan intipan.

“Kita menahan empat lelaki turut disita sebuah jentolak, masing-masing dua traktor dan jengkaut serta tiga kenderaan empat roda,” katanya.

Hamzah mahu bertanding PRK Batu Sapi

Leave a Reply