UM patut haramkan pertubuhan bertopeng cauvinis UMANY

Jangan jadi harimau sorok kuku, membiarkan persatuan pro-DAP terus bebas

BANGI, 28 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Tidak cukup sekadar dengan permohonan maaf, Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) mesti diharamkan.

Justeru, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengulangi desakannya kepada pihak berautoriti untuk mengharamkan pertubuhan dipercayai pro-DAP itu.

Presiden PEMBINA, Wafiq Azman berkata, sebagai langkah awal, pentadbiran Universiti Malaya (UM) perlu menjadi pihak pertama yang berbuat demikian terhadap UMANY.

“PEMBINA Pusat dan PEMBINA UM sebelum ini telah membuat laporan polis dan menghantar surat makluman kepada HEP berkenaan artikel hujah balas PEMBINA UM terhadap kenyataan UMANY.



“Sambil menyatakan kerjasama untuk memberi bantuan kepada HEP dalam isu tersebut, namun sehingga kini belum ada tindakan susulan daripada pihak UM untuk mengharamkan UMANY,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Setelah dikecam rakyat dan disiasat Polis, UMANY tarik balik artikel dan mohon maaf pada Agong

UMANY sebelum ini mencetuskan kontroversi – apabila mempersoal campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam urusan pentadbiran negara.



Pertubuhan itu menyatakan pendiriannya – Agong tidak boleh mencampuri urusan negara tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Selepas teruk dikritik dan banyak laporan polis dibuat ke atas pertubuhan itu, UMANY tampil memohon maaf kepada Al-Sultan Abdullah menerusi satu kenyataan di Facebook.

UMANY disiasat atas kenyataan biadap mempertikaikan kuasa Agong



Mengulas permohonan maaf itu, Wafiq berkata, sehingga kini tiada maklum balas dari pihak Yang di-Pertuan Agong terhadap kenyataan melampau pertubuhan itu pada 30 Oktober lalu.

Beliau menyifatkan bahawa Al-Sultan Abdullah juga murka atau tidak melayan kontroversi yang dibuat oleh UMANY.

“Justeru, PEMBINA menggesa pihak-pihak berautoriti untuk buktikan pada masyarakat bahawa anda mempunyai kuasa untuk mengharamkan UMANY.

“Jangan jadi seperti harimau menyorokkan kukunya. Kita tidak mahu wujud persatuan cauvinis yang bertopengkan nama universiti untuk menjalankan agenda menentang kedudukan institusi diraja bergerak bebas dalam universiti. Kami akan terus menentang,” katanya.



DAP tak jujur konon nak pelihara Tanah Rizab Melayu



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker