Perusahaan Batu Nisan, Cara Dekatkan Diri Dengan Allah – Mahathir
KOTA BHARU: Bau wangi yang datang daripada liang lahad selepas selesai digali adalah antara peristiwa yang masih terpahat dalam ingatan Mahathir Muhamed Ali, 45, yang sebelum ini bertugas mengurus Tanah Perkuburan Meru Raya di Ipoh, Perak.
Menurut Mahathir, meskipun peristiwa itu sudah beberapa tahun berlalu, namun dia masih lagi mengingatinya sehingga ke hari ini.
Bercerita lanjut, bapa kepada enam anak berusia antara 12 hingga 24 tahun ini berkata, sebaik dia dan seorang rakannya selesai menggali kubur, mereka menunggu sehingga jenazah dibawa ke tanah perkuburan kerana ingin mengetahui siapakah pemilik liang lahad itu.
“Selepas selesai urusan pengebumian, saya bertanya kepada salah seorang daripada mereka yang datang.”
Menurut individu berkenaan, jenazah yang dikebumikan itu adalah seorang wanita muda dan sepanjang hayatnya dia selalu berbuat baik sesama manusia dan memiliki hati yang bersih,” katanya ditemui di kedainya di Jalan Pasir Mas-Salor.
Mahathir yang juga Pengurus Besar Ukiran Nisan Anak Muda berkata, sejak 10 tahun lalu dia mula berkecimpung dalam bidang pembuatan belindan sebagai pendapatan sampingan yang turut dibantu oleh abang dan adiknya, Alizar Muhamed Ali, 49, dan Mohd Ilmi, 34, serta anak keempatnya,
Muhammad Haziq,19.”Sepanjang terbabit dalam perniagaan ini, ada di antara pelanggan yang masih hidup menempah batu nisan dan belindan untuk diletakkan di hadapan pagar rumah.”
Bagaimanapun, tempahan batu nisan dan belindan itu hanya diletakkan nama dan tarikh lahir, namun tarikh kematian dikosongkan yang bertujuan sebagai peringatan,” katanya.
Mahathir berkata, kebiasaannya dua bulan sebelum Hari Raya Aidilfitri sehinggalah Aidiladha, perniagaan batu nisan dan belindan mendapat permintaan tinggi sehingga memberi pendapatan lumayan kepadanya.”
Sehingga kini saya mempunyai enam cawangan iaitu satu di Kelantan, dua di Melaka dan tiga di Perak yang pada masa sama turut dibantu oleh 50 ejen.”
Kerja pembuatan batu nisan dan belindan memerlukan kemahiran, kesabaran serta ketelitian tinggi dan ia mengambil masa antara seminggu hingga tiga minggu bergantung kepada jenis batu yang dikehendaki pelanggan.”
Saya menawarkan beberapa jenis belindan termasuk trazo dan marmar dengan harga mengikut jenis serta permintaan pelanggan bermula RM250 hingga RM10,000,” katanya.
Katanya, mengusahakan pembuatan belindan dan batu nisan memberi kepuasan kepada dirinya apabila dapat membantu memudahkan urusan waris simati selain memberinya peluang untuk sentiasa mengingati kematian serta lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT-BH
Lepas Letak Batu Nisan Barulah Nak Turap Lubang Jalan Tapi Hasilnya…
You must be logged in to post a comment.