Lepas Letak Batu Nisan Barulah Nak Turap Lubang Jalan Tapi Hasilnya…

Masalah jalan raya berlubang di sekitar negara bagaikan tiada pengakhirannya. Jumlah kenderaan berat yang banyak serta struktur tanah dan jenis tar yang digunakan untuk menurap jalan dikatakan sebagai salah satu punca masalah ini. Hal ini sangat merbahaya kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

Menerusi Facebook Brotherhood Shah Alam memuat naik beberapa foto menunjukkan keadaan jalan raya yang sangat berbahaya kerana berlubang teruk. Ekoran dengan itu, ahli kumpulan tersebut telah meletakkan batu nisan sebagai tanda protes dan amaran.

Boleh akibatkan kemalangan maut

Lu orang nak cakap brother wa bodoh pacak nisan dekat lubang? Tapi lagi bodoh kalau lu tak ambil peduli pada aduan yang telah di buat, tapi lu langsung tak ada respon dan tindakan.
Lagi bodoh kalau ada peruntukkan, ada fasiliti tapi hasil macam taik.

Lu tau apa tanda bila batu nisan dipacak macam ni? Ni bermaksud nyawa pengguna jalan raya menanti di lubang maut ni korang tau tak.

Salute Brotherhood Pulau Indah 29 yang beroperasi malam ni.

Menurutnya, walaupun aduan telah dibuat mengenai jalan berlubang kepada penguatkuasa tempatan, namun tiada tindakan yang diambil untuk menurap kembali jalan berkenaan. Batu nisan berkenaan sebagai simbol dimana setiap pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut berhadapan dengan risiko kemalangan. Lebih teruk lagi boleh mengakibatkan kemalangan maut.

Terus turap selepas 12 jam

Penangan batu nisan banyak orang yang berfikir seperti pembaris, kalau gitu baik pikir secara sesiku L terus. Apa-apa pun tahniah kepada team Brotherhood Pulau Indah 29 telah berjaya membuat pihak atasan turun padang dalam masa bawah 12 jam. Tapi aku heran kenapa aduan awam pihak atasan mengambil masa berminggu-minggu, berbulan-bulan? Faham dan hadam.

Lagi sekali aku nak ingatkan Brotherhood bukan sukarelawa, bukan kerja amal dan bukan kerja kebajikan, Brotherhood ini adalah outlaw tiada peraturan. Semua kitaorang hentam jika melibatkan nyawa pengguna jalan raya.

Tindakan memuat naik gambar berkenaan di Facebook telah menarik perhatian penguatkuasa tempatan untuk menurap kembali jalan yang berlubang itu. Walau bagaimanapun, timbul isu di mana mengapa pihak berkuasa hanya mengambil tindakan selepas foto berkenaan dimuat naik, namun tidak bertindak sejurus menerima laporan dari orang awam.

Boleh tahan lama ke?

Walaupun jalan raya berkenaan telah diturap, namun hasil kerja penurapan jalan tersebut menjadi persoalan orang ramai adakah ianya mampu bertahan lama. Hal ini kerana penurapan jalan itu dilihat seakan tidak berkualiti

Sumber: Brotherhood Shah Alam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker