Saya tak isytihar pun keluar parti, parti yang isytiharkan – Adun Meru

Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menegaskan yang dia tidak tahu-menahu mengenai pengisytiharan keluar parti oleh Amanah untuk dirinya pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fakhrulrazi berkata dia belum menerima apa-apa notis daripada Amanah dan hanya mendapat tahu mengenai hal itu melalui media sosial.

“Saya tak ada komen. Saya tak ada apa. Saya tak ada cerita nak nafi. Saya tak kata apa-apa.

“Tengok bila benda itu (spekulasi keluar parti) dah tular, tak sampai 24 jam mereka (Amanah) dah buat keputusan. Saya nak buat apa?”

“Saya tak ada isytihar pun (keluar parti). Kalau itu keputusan parti, saya akur,” katanya kepada Malaysiakini.

Fakhrulrazi memberikan respons tidak lama selepas Setiausaha Amanah Selangor, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim, mengesahkan dia telah keluar parti untuk menyertai PKR, sekali gus membatalkan semua jawatan parti yang disandangnya.

Ditanya apakah dia sudah menyertai PKR, Mohd Fakhrulrazi tidak mahu mengulas dan menjawab akan memberi penjelasan apabila “sampai masa”.

“Tak tahu. No comment. Sekarang lebih kepada fokus nak kerja sebagai Adun, sebab rakyat yang pilih. Saya kena selesaikan mandat itu.

“Nanti saya akan jelaskan bila sampai masa,” katanya lagi.

Spekulasi keluar parti membabitkan Mohd Fakhrulrazi bertiup semalam, mendakwa dia akan menyertai PKR, namun ketika dihubungi semalam, Mohd Fakhrulrazi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

Amanah memenangi sembilan kerusi di dewan negeri Selangor semasa pilihan raya umum 2018.

Adun Amanah lompat ke PKR?

Kita tak boleh halang orang ‘lompat parti’, kata Khalid Samad

Pemimpin Amanah Khalid Samad mengakui tidak boleh menghalang mana-mana pihak meninggalkan parti itu, susulan tindakan Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menyertai PKR.

Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata, tindakan Fakhrulrazi itu adalah “lompat parti” dan beliau sendiri tidak menggalakkannya.

“Kita tidak boleh halang sesiapa untuk tinggalkan parti. Sebagai wakil rakyat, dia sepatutnya menganggap sudah diberi kepercayaan oleh parti untuk membawa mesej kita.

“Ini sudah tentunya membuktikan kami membuat kesilapan dalam memilih dia sebagai wakil kita,” katanya kepada FMT.

Khalid bagaimanapun mengucapkan selamat maju jaya kepada Fakhrulrazi.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Amanah berjaya memperoleh 9 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

SAH: Adun Amanah Lompat Parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker