Adun Amanah lompat ke PKR?

Adun Meru dan timbalan ketua Pemuda Amanah, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dispekulasikan meninggalkan partinya untuk menyertai PKR.

Malaysiakini melaporkan bahawa Fakhrulrazi telah secara rasmi menyertai PKR pada September di bawah bahagian Petaling Jaya.

Semakan dengan kepimpinan Amanah bagaimanapun mendapati bahawa Fakhrulrazi belum meninggalkan parti itu secara rasmi.



“Kami mempunyai persefahaman di antara parti-parti Pakatan Harapan bahawa kami tidak akan menarik ahli dari parti rakan.

Setujukah MN angkat Muhyiddin sebagai pengerusi gabungan, soal Mukhriz

“Kepimpinan kami sedang berbincang dengan rakan-rakan PKR untuk menyelesaikannya,” kata sumber Amanah yang meminta untuk tidak disebutkan namanya.



Ketika dihubungi, Fakhrulrazi enggan mengulas sama ada dia meninggalkan Amanah dan telah menyertai PKR atau tidak.

“Tidak ada komen dulu (buat masa ini),”

Percubaan untuk menghubungi Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, yang bertanggungjawab berhubung keahlian parti, tidak berjaya.

Mahathir ‘Gila Talak’, masih mengaku UMNO partinya



Fakrulrazi, lahir pada tahun 1978, disabitkan dan didenda RM1,800 pada tahun 2016 kerana mengucapkan kata-kata hasutan semasa perhimpunan #KitaLawan pada tahun 2015.

Sebelum bergabung dengan Amanah pada akhir tahun 2015, beliau adalah bendahari Pemuda PAS.

Amanah memenangi sembilan kerusi di dewan perundangan Selangor semasa pilihan raya 2018.



Parti itu memecat Ahmad Mustain Othman, Ahli Parlimen Sabak, awal tahun ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker