Pelawak Sule Menikah Kali Kedua, Beri Isteri Mualaf Mas Kahwin RM58 Ribu & 75 Gram Emas
Pelawak terkenal Indonesia, Sule akhirnya rasmi melepas status dudanya apabila sah menikah dengan disko jockey (DJ) Nathalie Holscher petang tadi.”Saya terima nikahnya dan kawinnya Nathalia binti Mr Lianto Mana, dengan mas kawin yang tersebut, dibayar tunai,” jawab Sule penuh bahagia seperti yang dilihat Gempak dari siaran langsung pernikahan Sule dan Nathalie di YouTube RANS Entertainment.
Hanya dengan sekali lafaz, Sule menjadikan Nathalie yang juga merupakan seorang mualaf sebagai isterinya yang sah.
Nathalie kemudian menerima mas kahwin sebanyak RM58 ribu (Rp200 juta), sepersalinan alat solat dan 75 gram emas dari ayah penyanyi Rizky Febian ini
.
Majlis pernikahan Sule diadakan di sebuah restoran di Jawa barat iaitu Tsamara Resto, Bekasi.
Ia hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan sahabatnya dari industri hiburan Indonesia seperti Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina, pengacara bersama program Ini Talk Show yang ditayangkan di Astro, Andre Taulany, dan Nunung.
Malah majlis pernikahan juga dijalankan dengan cukup ringkas dan penuh protokol serta lokasi pernikahan dijaga ketat oleh para petugas termasuk pihak polis.
Mereka pun menggunakan tema Sunah Till Jannah (gabungan nama Sule dan Nathalie) sebagai merayakan pernikahan ini.
Hubungan Sule yang menyambut ulang tahun ke 44nya dengan pernikahan bersama Nathalie pertama kali terjalin sejak dipertemukan dalam sebuah acara televisyen pertengahan tahun ini.
Kemudian keduanya mula akrab dan hubungan asmara yang terjalin dihidu pihak media selepas dirinya menjadi saksi saat wanita itu mengucapkan dua kalimah syahadah.
Keduanya kemudian mula terbuka dan mengaku bercinta selepas Nathalie memakai tudung dan membuang tatu di tubuhnya.
Sebelum ini, Sule yang kematian isteri pertamanya, Lina Jubaedah, sempat dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa wanita termasuk sempat digosipkan bersama penyanyi Malaysia yang terkenal di sana, Baby Shima-GEMPAK
You must be logged in to post a comment.