[VIDEO] Si Burung Isi Batu Dalam Botol Nak Minum Air, Mesti Korang Teringat Cerita Kanak-kanak ‘Kisah Gagak’

Seperti yang diketahui, setiap dari kita sememangnya dibesarkan dengan pelbagai ‘cerita rakyat’ yang kebanyakannya bertujuan untuk memberi pengajaran.

 

Bagi yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an, korang pasti  pernah mengetahui mengenai  kisah burung gagak yang mengisi batu dalam botol.

Ternyata, ia bukan kisah dongeng atau rekaan semata-mata kerana tular satu video yang menyaksikan kegigihan seekor burung mengisi batu dalam botol untuk meminum air.

Melalui video yang dimuatnaik oleh PakYobKayuh di laman Twitter, burung tersebut dilihat berulang-alik mencari batu untuk diletakkan di dalam botol yang berisi air itu.

Lihat Video Dibawah Ini:-

‘Kebijaksanaan’ dan usaha burung murai tersebut membuahkan hasil apabila ia pada akhirnya dapat  meminum air tersebut.

Video yang telah mendapat sebanyak 435.3 ribu tontonan itu dibanjiri dengan komen warganet yang rata-ratanya tidak menyangka kisah yang dibaca ketika kecil benar-benar berlaku.

🤣🤣🤣🤣

Sumber: PakYobKayuh

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker