Jangan serbu pejabat agama untuk nikah, kata JAIS

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggesa pasangan berhasrat melangsungkan majlis perkahwinan di kawasan terbabit perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Klang supaya tidak menyerbu pejabat agama Islam daerah, susulan tular di media sosial pejabat agama di kawasan itu dibanjiri pasangan yang ingin bernikah.

Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pasangan yang terkesan itu sebaliknya boleh memohon surat pengesahan perjalanan daripada jabatan berkenaan dan pihaknya memberi jaminan akan sedaya upaya membantu mereka meneruskan majlis pernikahan di pejabat agama daerah.

“Apa yang penting dapatkan maklumat sahih daripada JAIS atau Pejabat Agama Islam Klang mengenai keputusan terkini. Boleh juga berbincang untuk menentukan tarikh dan masa bagi melakukan akad nikah, janganlah main serbu sahaja. Nanti sesak dan kita bimbang akan timbul pula kluster baharu,” katanya kepada FMT.



Semalam Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, sebanyak 36 kawasan di mukim Klang terlibat PKPB, yang dikuatkuasakan tengah malam tadi hingga 23 Oktober ini.

Selepas meletak jawatan 15 tahun lalu kini ‘Rasul Melayu’ kembali semula [Video]

Shahzihan berkata, pihaknya sudah memberikan kelonggaran untuk majlis akad nikah dilaksanakan di pejabat agama Islam daerah, walaupun sebelum ini menetapkan majlis pernikahan di pejabat agama tidak dibenarkan, kecuali akad nikah membabitkan wali hakim dan wali raja.



“Kita sudah beritahu imam nikah, mana-mana pasangan yang tidak boleh tangguhkan pernikahan mereka, boleh bernikah di pejabat agama daerah hingga jam 12 tengah malam. Hari ini, jika ada pasangan yang mendapat pelepasan, kami tidak ada masalah untuk nikahkan,” katanya.

Mengulas mengenai insiden yang tular di media sosial, apabila lebih 100 pasangan menyerbu pejabat agama Islam daerah Klang untuk dinikahkan, sehingga menyebabkan premis berkenaan sesak, Shahzihan berharap ia tidak berulang.

“Memang malam tadi sesak sedikit, tetapi semuanya boleh dikawal. Kita memang pastikan mereka semua ikut SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tidak dinafikan JAIS juga menerima kesan daripada pelaksanaan PKPB ini.

“Saya sudah arahkan dan susun, untuk sedia apa sahaja kemungkinan. Cuma malam tadi sahaja ada isu sikit. Selepas ini, kita buka untuk pasangan lain hadir bernikah, hari bekerja juga boleh. Kalau sebelum ini memang tidak boleh,” katanya.



Maruku tiada sijil halal, gaji Pati, premis kotor.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker