Jumlah perniagaan baru atasi perniagaan ditutup ketika pandemik, kata menteri

Jumlah perniagaan baru tahun ini jauh lebih tinggi daripada perniagaan yang ditutup, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata sejumlah 281,781 entiti perniagaan baru berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) antara Mac dan Oktober tahun ini, berbanding 31,190 perniagaan yang memfailkan penutupan serta 35,944 syarikat tidak aktif ditamatkan dalam tempoh sama.

Wan Junaidi berkata, perniagaan baru berdaftar terdiri daripada pemilik tunggal dan perkongsian pada 89.3%, diikuti syarikat (9.8%) dan perkongsian liabiliti terhad (0.8%).

“Statistik rasmi menunjukkan fakta jumlah perniagaan baru secara signifikan mengatasi jumlah entiti perniagaan yang berhenti beroperasi walaupun terdapat cabaran dihadapi perniagaan susulan wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP).”

Wan Junaidi menambah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ketika ini merangkumi 98.5% atau 907,065 daripada perniagaan terkumpul di negara ini.

“Kerajaan secara aktif libat urus dengan PKS untuk mengambil kira keadaan dan keperluan terkini,” katanya, sambil menambah PKS digalakkan untuk memanfaatkan pendekatan perundingan dan berkomunikasi mengenai keperluan mereka.

“Setiap pihak mesti mengambil peranan mereka dengan baik untuk menghidupkan semula ekonomi dalam waktu sesingkat mungkin.” FMT

Medac Sediakan Peruntukan RM372.845 Juta Untuk Pelan Pemulihan Usahawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker