Obama Takut Ditinggalkan Isteri

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberitahu isterinya, Michelle Obama akan meninggalkan dia jika menerima apa-apa jawatan dalam pentadbiran di bawah bakal Presiden AS ke-46, Joe Biden, tahun hadapan.

“Saya akan membantu dia setakat yang mampu. Namun saya tidak bercadang untuk terus menyambung kerja sebagai petugas di Rumah Putih,” kata Obama dalam satu temubual bersama Gayle King dalam program CBS This Morning, kelmarin.

“Jadi tiada jawatan kabinet untuk anda, Tuan Presiden?” tanya King.

“Ada beberapa perkara yang saya tidak akan lakukan kerana Michelle (isteri) akan meninggalkan saya. Dia akan naik angin dan berkata apa? Apa yang anda mahu lakukan?” kata Obama bergurau.

Obama bergurau isterinya akan meninggalkan dia jika terus bekerja di Rumah Putih. – AFP

Bekas presiden itu meluahkan keyakinan pada Biden dan bakal  Naib Presiden, Kamala Harris untuk menguruskan pentadbiran di Rumah Putih.

Sehingga kini, Presiden Donald Trump masih belum menerima kekalahannya dalam pilihan raya presiden dan terus mendakwa berlaku penipuan dalam pengiraan undi. – Agensi-Kosmo

Penderita gagap Presiden ke-46 Amerika Syarikat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker