KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN KELU SERIBU BAHASA · MYKMU.NET

KERTAS PUTIH FELDA – AZMIN KELU SERIBU BAHASA

Share

Azmin Kena Sumpahan Pompeii Isu Kertas Putih Felda?

Kertas Putih Felda
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali terus mendiamkan diri dalam isu pembentangan Kertas Putih Felda yang disediakan Kementerian tersebut pada 10 April 2019. Semasa memegang jawatan menjaga Felda, beliau begitu bersungguh mahu Felda distruktur semula hingga mengarahkan Kertas Putih Felda dibentangkan di Parlimen. Dalam laporan ISBN: 978-967-5842-14-6 didapati banyak kekhilafan laporan terutama dalam Laporan Forensik yang disediakan sebuah syarikat audit terkemuka negara.

Laporan Forensik Kertas Putih Felda

Sebagai rujukan terdapat laporan dalam Laporan Forensik tidak benar-benar telus dan tidak mengambil rekod yang sebenar seperti yang dilaporkan. Penggunaan perkataan yang agak meragukan kredibiliti syarikat audit juga timbul seolah syarikat berkenaan tidak dapat memastikan samada benar atau tidak cadangan mereka dalam laporan tersebut.

Adakah wujud kepentingan kepada pihak tertentu dalam laporan yang disediakan dan dibentangkan ini? Azmin perlu tampil dalam Parlimen bagi menjawap semua kontroversi yang mengaitkan  beliau dan jawatannya. Siapa sebenarnya yang berkepentingan dalam hal ini apabila Peneroka Felda hanya ‘Menganga’ dihadapan television atau telefon bimbit menonton pembentangan tersebut.

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad sendiri telah mengecam Azmin yang mempercayai laporan yang disediakan syarikat audit yang dilantik beliau bagi menyediakan Laporan Forensik Felda. Dalam tulisan beliau, Shahrir turut menggelar Azmin sebagai “Gila Korporat”.

Artikel berkaitan – https://malaysiadateline.com/isu-faedah-hutang-peneroka-shahrir-anggap-azmin-gila-korporat/

Azmin yang turut dilanda kontroversi berkaitan penjualan SilTerra hanya berdiam diri menyebabkan semakin banyak persepsi timbul tindakannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai langkah ‘menyelamatkan tengkuk’ dan kariernya dalam politik. Kini Azmin yang dilantik sebagai Menteri Kanan kelihatan sangat selesa dengan kedudukan yang diberikan Presiden PPBM kepadanya.

Artikel berkaitan –

Memang pelik apabila seorang bekas Menteri Besar yang telah mengakibatkan Kerajaan Selangor terpaksa membayar sejumlah RM233,848,976.89 kepada sebuah syarikat pembinaan pada 2017 diberikan kepercayaan menjaga Hal Ehwal Ekonomi (Pakatan Harapan) dan kini sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Apa nasib Peneroka Felda dengan Laporan Kertas Putih Felda dan kontroversi penjualan aset negara seperti SilTerra?

FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik

KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU?

Leave a Reply