KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU? · MYKMU.NET

KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU?

Share

LAPORAN SPRM TIDAK DIGUNAPAKAI AZMIN ALI?

 

Menurut laporan di dalam KERTAS PUTIH FELDA yang diterbitkan pada 10 April 2019 oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (ISBN : 978 – 967 – 5842 – 14 – 6), pelantikan Syarikat F sebagai pemaju utama bagi pembangunan di Jalan Semarak telah diluluskan Lembaga Pengarah FIC berdasarkan cadangan daripada pihak pengurusan yang diberikan SELEPAS proses penilaian tender.

KERTAS PUTIH FELDA (SPRM)

Dalam ringkasan laporan bertarikh 4 April 2019, kelemahan ditujukan kepada pihak FIC, FELDA dan Syarikat F yang dimaksudkan. Membandingkan laporan tersebut dengan kenyataan pihak SPRM agak mengelirukan. Mengapa tidak langsung disentuh mengenai siasatan SPRM dalam laporan Kertas Putih? Bagaimana dengan laporan SPRM yang menyiasat perkara tersebut? Mengapa dalam laporan KERTAS PUTIH FELDA tidak dilampirkan kenyataan Datuk Seri Azam Baki berkaitan siasatan pihaknya mengenai urusan tersebut?

KERTAS PUTIH FELDA (SPRM)

Kenyataan ini sama sekali bercanggah dengan laporan yang disediakan. Persoalannya MENGAPA hasil siasatan SPRM tidak disertakan sekali dalam ringkasan laporan?

KERTAS PUTIH FELDA (MEA)

Agak mengelirukan apabila pihak berkuasa sendiri mengesahkan tidak wujud sebarang keraguan di pihak SPRM mengenai urusan tersebut tetapi ringkasan laporan tidak menyatakan perkara ini.

KERTAS PUTIH FELDA (MEA)

Adakah ini bermaksud pembentangan Kertas Putih Felda ada berlaku campurtangan bermotifkan politik semasa atau ada sebab lain? Sebagai rekod, Menteri yang bertanggungajawab ketika itu ialah Azmin Ali yang mewakili Pakatan Harapan dibawah Tun Mahathir. Beliau bertanggungjawab menstruktur semula pengurusan Felda dan membawa masuk ‘Muka Baru’ ke Felda.

KERTAS PUTIH FELDA (SPRM)

Apa sebenarnya yang mahu dibentangkan dalam laporan tersebut jika terlalu banyak kelemahan serta percanggahan fakta terdapat dalamnya. Dalam laporan itu menjelaskan FELDA mengalami kerugian berbillion ringgit semasa Pengerusi Felda dilantik oleh kerajaan sebelum Pakatan Harapan tetapi selepas PH memerintah, Felda telah bertukar 2 Pengerusi Felda namun kerugian tetap dialami Felda. Siapa yang berpengaruh dalam PH ketika itu bagi melantik Pengerusi Felda jika bukan Menteri?

KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)

Kertas Putih Felda di laman awam sehari sebelum bentang.

Leave a Reply