Covid-19 : 1103 kes baru hari ini dengan 4 kematian · MYKMU.NET

Covid-19 : 1103 kes baru hari ini dengan 4 kematian

Share

Sejumlah 1,103 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, dengan Kuala Lumpur terus mengatasi Sabah sebagai negeri dengan jangkitan tertinggi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Kuala Lumpur mencatatkan 392 kes baru manakala Sabah dengan 288 kes baru.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 48,520 kes manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 12,601 kes.

#COVID19 Terkini. 16 Nov. Kes baharu hari ini 1,103 (1 import) dengan Lembah Klang tertinggi 544 kes.

Pecahan – KL 392 (385 kluster Tapak Bina Damanlela), Sabah 288, Selangor 151, Perak 116, N. Sembilan 90.

🔵821 sembuh
🔴4 kematian
🔴1 kluster baharu
🔵1 kluster tamat

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
16 Nov 2020
Kes sembuh=821
Jumlah kes sembuh=35,606 kes
Kes baharu positif=1,103
(kes import=1, kes tempatan=1,102)
Jumlah positif=48,520 kes
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=313 kes
Kes dirawat di ICU=102 kes
Bantuan Alat Pernafasan=39 kes

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply