Peguam & Yang Dipertuan Agong, 7 Screenshots Yang Bernilai RM5 Juta

 

“Pada 30 Oktober 2020 saya telah memuatnaikkan 7 screenshots yang ditulis oleh peguam yang mendakwa di mahkamah bahawa Yang di-Pertuan Agong telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan kerana enggan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat”

 

Kuasa Agong: antara ‘Prerogatif’ dan ‘Nasihat’

7 screenshots ini adalah seperti di bawah.

SCREENSHOT 1

“Perkara perkara pelik yg sdg berlaku

1. Kalau kena food poisoning atau sakit sendi boleh kah org biasa check in IJN? Check in IJN kebetulan pula selepas Ketua Pembangkang umum ada majoriti.

2. Semakin pelik bila pegawai mengeluarkan kenyataan media begitu express memberitahu public yg tiada nama dikemukakan . Kalau dikemuka nama berpesta besar la kot bila agen tua berjawatan tinggi jadi barua bocor nama utk tawar menawar justru perlantikan pegawai sebegini prosedurnya perlu di kaji semula dan yg ada hantar jadi pegawai hospital bahagia boleh la sentiasa keluar kenyataan media express dengan gelaran patih kama wijaya zaman Hang Tuan Hang Jebat dulu.

3. Org dungu saja akan percaya perlunya lockdown di selangor KL dan Putrajaya ha ha ha Lokasi apa agaknya di KL dan Putrajaya tu

4. Sekali lagi selepas checked in food poisoning di IJN kini istihar tangguh perjumpaan 2 minggu lagi utk jual beli manusia lebih untung drp unta. Perlembagaan Persekutuan telah ada peruntukan jenayah dan Sivil dalam Mahkamah Khas utk golongan yg tak sepatutnya bermain politik tu.”

SCREENSHOT 2

“Seluruh cabinet tu tak patut ada depa patut duduk dlm penjara semua tahanan Sosma kerja sabotage demokrasi Negara bila bentuk kerajaan haram tebuk atap – bilakah Negara kita aka nada hero dalam PDRM ATM utk ajar terus para penjenayah ni once and for all. Jangan terhutang budi pada gelaran Tan Sri yg diberi tu pun bukan mak bapak depa punya.”

SCREENSHOT 3

“The current illegal govt cannot become the caretaker govt. Even the PM himself was never endorsed in Parliament with strong majority. IGP assisted by Army can manage the country by forgetting the entire illegal govt set up and started to arrest and charge them for multiple criminal offences. Those kangkong including retired one however old should also be arrested and prosecuted.”

Peguam fail saman isu Agong tak isytihar darurat

SCREENSHOT 4

“Lokasi PM haram tebuk atap merangkap abah rotan suka shopping almaklum rumah Bukit Damansara.”

SCREENSHOT 5

“Kata dia sakit kojol la tu tak lama lagi doctor cap ayam Malaysia bagi clean bill of health walhal semua rekod dan rawatan di Singapore. Agaknya Cuma muka bermuka muka akan ziarah dia bila kojol.”

SCREENSHOT 6

“Keadaan masih uncertain meniaga manusia lebih untung drp meniaga unta Tuan. Sekalipun number mmg dah lebih drp cukup.”

SCREENSHOT 7

“DSAI manusia biasa juga cuma compare jenayah timbang kira kilo – majority competitor DSAI berat bertan tan jenayah jenayah.”

Hari ini, kerana 7 screenshots ini, saya telah menerima surat tuntutan daripada peguam ini yang mahukan saya membayar beliau sebanyak RM5 juta kerana “mencederakan reputasi profesional beliau” serta “mendatangkan tekanan dan malu besar kepada beliau”.

Tidak diberikan sebarang perincian mengenai bagaimana 7 screenshots ini “mencederakan reputasi profesional beliau” serta “mendatangkan tekanan dan malu besar kepada beliau”.

Saya kekal berpendirian bahawa kesemua 7 screenshots ini adalah tulisan beliau dan akan mendatangkan saksi-saksi yang boleh mengesahkan bahawa ia sememangnya adalah tulisan beliau.

Dr. Kamarul Yusoff

 

Saman Yang Dipertuan Agong, Siapakah peguam ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker